DAH PENAT CARI TUKANG LAST MINUTE? KHAS UNTUK TADIKA & SEKOLAH YANG NAK PENYELENGGARAAN TERATUR & PROFESIONAL

Tak perlu lagi pening kepala cari tukang setiap kali lampu rosak atau paip bocor.

Kami uruskan kerja penyelenggaraan sekolah anda dari A sampai Z.

Cikgu boleh fokus mengajar, bukan mengurus masalah bangunan!

Kami cover KL & Selangor

HASIL KERJA KAMI

Membekal & Memasang Prefab Kabin sebagai fasiliti Sekolah

Membaiki & Menukar Pam Tandas di Sekolah Agama

Membaiki kerosakan soket dinding, menukar lampu kelas dan memastikan tiada risiko renjatan eletrik di Sekolah Rendah

Siapa Kami?

Kami ialah Zairis Solutions, sebuah syarikat kontraktor bumiputera berdaftar dengan SSM (No. pendaftaran: 202303229309) dan memiliki perakuan CIDB

Kami fokus kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf kemudahan sekolah, meliputi sistem elektrik, perpaipan dan renovasi, bagi memastikan persekitaran pembelajaran di tadika & Sekolah yang selamat, selesa dan berfungsi dengan baik.

Zairis Solutions x JK Maju Sdn Bhd

Kami cover KL & Selangor

HASIL TANGAN KAMI

Membersih & Mengecat Lantai Tadika

Membaiki Sinki di Pantri Sekolah

Memasang Rak Buku, Whiteboard dan Menukar Tombol Pintu Sekolah Rendah

3 Servis Utama Kami Untuk Institusi Pendidikan

Penyelenggaraan Elektrikal

Kami membantu memastikan sistem elektrik sekolah anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat. Antara kerja yang kami lakukan:

  • Pemeriksaan & pembaikan lampu, kipas, soket, suis
  • Naik taraf wiring lama kepada sistem yang lebih selamat dan tersusun
  • Pemasangan lampu LED, kipas tambahan, soket baru di kelas, pejabat atau bilik guru
  • Siasatan & pembaikan masalah trip, blackout di blok tertentu, DB box dan lain-lain isu teknikal

Manfaat kepada sekolah:
Dengan sistem elektrik yang dijaga secara berkala, risiko litar pintas dan kebakaran dapat dikurangkan. Ini penting untuk ketenangan hati pengurusan, guru dan ibu bapa.

Perpaipan & Sistem Air

Kami memastikan fasiliti asas seperti tandas & paip air berada dalam keadaan tip-top, kerana ia sangat memberi kesan kepada imej sekolah.

Antara servis kami:

  • Baiki paip bocor, sinki tersumbat, flush rosak, tangki air bermasalah
  • Pemasangan baru untuk paip, sinki, tandas bagi blok tambahan atau ruang baru
  • Kerja-kerja clearing untuk tandas murid & guru agar tidak mudah tersumbat dan berbau
  • Semakan tekanan air & cadangan penambahbaikan jika air kerap perlahan atau tidak konsisten

Manfaat kepada sekolah:
Tandas yang bersih dan sistem air yang lancar mengurangkan rungutan ibu bapa, dan membuatkan murid lebih selesa berada di sekolah sepanjang hari.

Renovasi Fasiliti

Tadika & Sekolah yang mahu kelihatan lebih ceria dan profesional, kami juga membantu dalam kerja renovasi kecil dan sederhana.

Antara yang kami lakukan:

  • Mengecat semula kelas, koridor, pagar, pintu & grill
  • Baik pulih atau ganti pintu, tingkap, siling, lantai rosak
  • Bina / ubah suai ruang kelas baru, bilik guru, stor, surau kecil
  • Makeover ruang sambut murid, lobi, sudut bacaan supaya lebih mesra kanak-kanak dan meyakinkan di mata ibu bapa

Manfaat kepada sekolah:
Sekolah yang cantik dan terjaga meningkatkan keyakinan ibu bapa bahawa persekitaran anak mereka dijaga sebaik mungkin.

Kami cover KL & Selangor

Kenapa Tuan Mesti Pilih Kami?

Apa yang menjadikan Kami Pilihan Tadika & Sekolah?

  • Fokus kepada Sekolah & Tadika
    Kami biasa berurusan dengan jadual kelas, program sekolah & waktu peperiksaan. Kami faham keperluan renovasi dan kerja-kerja baik pulih pada waktu yang sesuai untuk meminimumkan gangguan kepada aktiviti pembelajaran.

  • Satu team untuk semua kerja
    Anda tak perlu lagi simpan banyak nombor tukang. Satu nombor, satu team, boleh uruskan elektrik, perpaipan & renovasi.

  • Jadual fleksibel ikut masa sekolah
    Kerja boleh dijalankan waktu cuti sekolah, hujung minggu, atau selepas waktu persekolahan. Untuk kerja tertentu, kami boleh susun blok-by-blok supaya kelas masih boleh berjalan.

  • Kerja teratur dengan laporan jelas
    Kami boleh sediakan gambar sebelum & selepas, serta ringkasan kerja untuk rujukan pengurusan dan pihak atasan.

  • Harga telus & boleh bincang
    Sebut harga diberikan secara bertulis, tiada caj tersembunyi. Ini memudahkan proses kelulusan bajet dan rekod kewangan sekolah.

  • Kerja Berkualiti & Waranti 3 bulan – 1 tahun bagi setiap Kerja
    Kami menggunakan alat ganti yang berjenama agar hasil kerja berkualiti dan tahan lama, walau bagaimanapun kamit etap memberikan tempoh waranti yang lama untuk setiap pelanggan kami.

Jangan tunggu lagi!

Lantik Kami Sekarang!

sebagai panel kontraktor selenggara sekolah anda!

Pakej Servis Kami

penyelenggaraan Secara "One-Off "

Penyelesaian Segera Untuk Kecemasan & Baik Pulih Spesifik

Penyelenggaraan Secara Berkala

Penyelenggaraan Proaktif Berterusan secara kontrak Secara Bulanan/Tahunan

Kami cover KL & Selangor

F.A.Q

Soalan lazim

  • Adakah servis ini hanya untuk Institusi Pendidikan sahaja?
    Tidak. Servis kami sesuai juga untuk bisnes lain. Walau bagaimanapun, Kami pakar menyelenggara tadika, pusat jagaan, PASTI, KAFA, sekolah rendah & sekolah menengah, sama ada swasta atau persendirian.

  • Satu team untuk Kawasan mana yang anda cover?
    Buat masa ini, kami fokus di kawasan Kuala Lumpur & Selangor. Namun, anda masih boleh hubungi kami untuk semak jika lokasi anda di luar kawasan utama

  • Bagaimana cara dapatkan sebutharga?
    Mudah sahaja. WhatsApp kami, berikan nama sekolah, lokasi, gambar masalah (jika ada) dan kami akan berikan anggaran awal. Untuk kerja tertentu, kami akan datang buat survey sebelum keluarkan sebutharga rasmi.

  • Perlu tutup sekolah semasa kerja?
    Tidak semestinya. Banyak kerja boleh diatur waktu petang, hujung minggu atau cuti sekolah. Untuk kerja besar, kami akan rancang bersama anda supaya gangguan minimum.

  • Adakah anda sediakan quotation & invois rasmi?
    Ya, kami sediakan quotation, invois & jika perlu laporan ringkas untuk memudahkan proses dokumentasi dan kelulusan pengurusan.

  • Ada waranti ke?
    Ada, Waranti dan ganti ruji bagi setiap hasil kerja kami mengikut kepada jenis penyelengaraan yang dilaksanakan. ( Buku Waranti akan diberikan )