Laman Utama / Servis Kami

Servis Kami

Satu pasukan untuk semua keperluan premis pendidikan anda — dari pembinaan dan renovasi hingga baik pulih kecil dan penyelenggaraan berkala.

Pembinaan dan renovasi pusat pendidikan
Pembinaan & renovasi

Bina & ubahsuai pusat didikan mengikut piawaian

Dari tambahan kelas, pejabat dan surau hingga ubahsuai menyeluruh — kami rancang dan laksanakan supaya ruang anda selesa, selamat dan sesuai untuk kanak-kanak.

  • Tambahan ruang kelas, pejabat, stor & surau
  • Lantai, siling, pengecatan, partition & jubin
  • Kerja paip, tandas & sinki saiz kanak-kanak
  • Kerja binaan melalui rakan niaga berdaftar CIDB
Pendawaian elektrik
Pendawaian elektrik

Pendawaian & penyelenggaraan elektrik yang selamat

Pemasangan dan baik pulih pendawaian, lampu, kipas siling, soket kuasa dan peralatan elektrik — dengan harga tetap yang jelas untuk kerja-kerja biasa.

  • Pasang lampu, kipas, plug & water heater
  • Pemasangan point aircond, loceng pintu & DB 8 ways
  • Pemeriksaan litar pintas & kerosakan elektrik
  • Tempahan hanya RM20 — harga tetap dipaparkan
Pemasangan penyaman udara
Penyaman udara

Pemasangan & servis penyaman udara

Kami cadangkan unit dan kapasiti yang sesuai mengikut saiz ruang serta jumlah murid dan guru di setiap kelas — kemudian pasang, servis dan baik pulih.

  • Pemasangan unit baharu & point aircond
  • Servis berkala, cuci & isi gas
  • Baik pulih kebocoran air & unit tidak sejuk
  • Nasihat kapasiti (HP) mengikut saiz kelas
Pemasangan CCTV
Keselamatanccccc

Pemasangan & penyelenggaraan sistem CCTVd

Pantau premis dan murid dari mana-mana sahaja. Kami pasang sistem CCTV yang lengkap dan bantu penyelenggaraannya selepas itu.

  • Kamera dalaman & luaran, rakaman siang/malam
  • Tontonan langsung melalui telefon pintar
  • Pendawaian kemas & penempatan kamera strategik
  • Pemeriksaan & baik pulih sistem sedia ada
Pembaikan am dan penyelenggaraan
Penyelenggaraan

Pembaikan am & penyelenggaraan berkala

Soket kuasa, saluran paip, tandas, pintu dan kerosakan kecil lain — diselesaikan dengan pantas. Pelanggan sedia ada boleh terus membuat aduan dalam talian.

  • Baiki paip bocor, sinki & tandas tersumbat
  • Pintu, tingkap, tombol, rak & table top
  • Pelan penyelenggaraan berkala untuk premis anda
  • Aduan dalam talian dengan gambar & video
Pendawaian elektrik
Pendawaian elektrik

Pendawaian & penyelenggaraan elektrik yang selamat

Pemasangan dan baik pulih pendawaian, lampu, kipas siling, soket kuasa dan peralatan elektrik — dengan harga tetap yang jelas untuk kerja-kerja biasa.

  • Pasang lampu, kipas, plug & water heater
  • Pemasangan point aircond, loceng pintu & DB 8 ways
  • Pemeriksaan litar pintas & kerosakan elektrik
  • Tempahan hanya RM20 — harga tetap dipaparkan
Cara kami bekerja

Mudah, telus & tiada kos tersembunyi

Isi borang

Isi borang temujanji atau WhatsApp kami dengan ringkasan kerja yang diperlukan.

Lawatan tapak

Pasukan kami melawat premis anda untuk menilai kerja — secara percuma.

Sebut harga

Anda terima sebut harga terperinci. Pilihan bayaran ansuran sehingga 3 kali.

Kerja disiapkan

Kerja dilaksanakan dengan kemas dan diserahkan mengikut jadual yang dipersetujui.

Dapatkan sebut harga percuma sekarang

Bersedia untuk bekerjasama? Mari wujudkan projek impian pusat didikan anda bersama kami.